Friday, July 12, 2013

11 JULAI 2013. HARI KEDUA PUASA

SALAM BERTEMU RAMADHAN UNTUK HARI YANG KEDUA.ADA SEDIKIT GAMBAR INGIN AKU KONGSIKAN PADA PUASA KEDUA.PUASA SEBENARNYA MENGAJAR KITA BANYAK PERKARA.BAGI AKU DALAM BULAN PUASA DUIT SIMPANAN AKU TIDAK LUAK DAN DUIT POKET AKU DAPAT DIJIMATKAN.BULAN PUASA BUKAN BULAN UNTUK KITA MAKIN BOROS DAN BERBELANJA UNTUK PERUT MENGIKUT NAFSU.KALAU ADA DUIT LEBIH,BERSEDEKAH LAH KITA.JANGAN SILAP PULA,BUKAN BULAN PUASA SAHAJA KITA PERLU LAKUKAN INI SEMUA TAPI BULAN-BULAN LAIN JUGA KITA PERLU LAKUKAN PERKARA YANG SAMA.UNTUK BERBUAT BAIK KITA TIDAK PERLU TUNGGU BULAN PUASA.PERINGATAN UNTUK DIRI AKU DAN JUGA SAYANG-SAYANG AKU SEMUA.





1.INI MAKANAN AKU KETIKA SAHUR HARI KEDUA.BISKUT BERAS.MEMANDANGKAN AKU MEMANG JENIS SUSAH MAKAN PAGI,JADI AKU AKAN MENGAMBIL MAKANAN SAHUR YANG RINGAN-RINGAN SAHAJA.





2.BILA AKU BANGKIT DARI TIDUR,AKU TERUS CAPAI KAMERA DAN SHOOT.SEKARANG KAMERA AKAN BERSAMA AKU KEMANA SAHAJA,KECUALI DALAM TANDAS.






3.DAN AKU MENERUSKAN SHOOT AKU YANG SEDERHANA DAN IKUT SUKA HATI AKU.WAKTU PAGI IALAH WAKTU YANG SESUAI BAGI AKU UNTUK MEMULAKAN APA-APA SAHAJA SHOOT.





4.ITU IALAH BAMBAM.WAJAH KESAYANGAN AKU.PELENGKAP HARI-HARI AKU.DAN WAKTU INI DIA TIDUR BERSAMA AKU.MANA AKU PERGI DIA AKAN IKUT.DIA SANGAT SUKA MEMBEBEL,JADI AKU SUDAH LALI DENGAN BEBELAN DIA.DIA JUGA SANGAT SUKA DI SHOOT.





5.BILA AKU BANGUN DARI KATIL,DIA MENCIUM-CIUM BAU TEMPAT TIDUR AKU.MUNGKIN ADA BAU SEDIKIT MASAM,SAMA MASAM MACAM BAU DIA.





6.BILA KITA PANGGIL BAMBAM "SAYANG",AUTOMATIK DIA AKAN MENJAWAB PANGGILAN DAN MEMANDANG KITA.KALAU PANGGIL "PUSH PUSH" SAMPAI BILA-BILA DIA TIDAK AKAN MELAYAN.





7.BAIKLAH.MASA AKU SHOOT GAMBAR INI,AKU BARU PULANG DARI KERJA.SEMENTARA BEREHAT MELEPASKAN LELAH,AKU PUN SHOOT SUKA-SUKA DIBALKONI RUMAH AKU.





8.INI REAKSI BAMBAM MENUNGGU WAKTU BERBUKA.AKU KELIRU,DIA PUASA?.TAPI APA-APA PUN,REAKSI DIA SENTIASA MELEBIHI TUAN DIA.





9.WAKTU INI SUDAH BERBUKA.AKU SHOOT IKUT NALURI AKU.MUNGKIN HANYA AKU SUKA PADA GAMBAR YANG AKU SHOOT.PADA AKU,AKU SHOOT UNTUK DIRI AKU.AKU GEMBIRA.





10. AIR SUSU SEGAR SEBAGAI PEMBASAH TEKAK SETELAH SEHARIAN BERPUASA.SEGAR DAN CEPAT KENYANG.





11.MAKANAN BERBUKA SEMALAM IALAH KURMA TIGA BIJI.






12.KISMIS JUGA SEBAGAI MAKANAN BERBUKA SEMALAM.






13.DAN JUGA BADAM.BADAM SANGAT SEDAP BILA BERCAMPUR DENGAN SUSU SEGAR DALAM MULUT.






14.AKHIR SEKALI IALAH MURTABAK DAGING.DIMAKAN SELEPAS SELESAI SOLAT.BELI DI BAZAR RAMADHAN.SEBENARNYA AGAK KURANG RASANYA DI TEKAK BILA PUASA.MUNGKIN BUKAN BULAN PUASA RASANYA LEBIH SEDAP.