Thursday, July 18, 2013

12 JULAI 2013.HARI KETIGA PUASA

SEMASA AKU MENULIS ENTRY INI IAITU PADA HARI INI HARI KESEMBILAN BERPUASA.MEMANDANGKAN MOOD UNTUK BUAT ENTRY INI BELUM SAMPAI,JADI AKU BIARKAN SAJA GAMBAR PADA HARI KETIGA PUASA TERPERAP DALAM KAMERA USANG AKU.GAMBAR YANG AKU AMBIL BANYAK TETAPI HATI AKU MAHU DUA KEPING SAHAJA SEBAGAI PENGHIAS ENTRY HARI INI.



1. GAMBAR PERTAMA IALAH GAMBAR BAMBAM.KUCING JANTAN KESAYANGAN AKU.RAMAI YANG BERANGGAPAN AKU MEMBELI DIA DENGAN HARGA RIBUAN RINGGIT.MEMILIKI DIA BUKAN DALAM PERANCANGAN AKU DAN TIDAK PERNAH TERLINTAS UNTUK MEMPUNYAI KOMITMEN MEMBELA SEEKOR HAIWAN.AKU MILIKI DIA PADA TAHUN 2011 YANG KETIKA ITU USIA BAMBAM BARU DUA BULAN SETENGAH.ADIK ANGKAT AKU,YANA TELAH MEMBAWA DIA SEBAGAI HADIAH HARI LAHIR AKU YANG KEBETULAN TUAN ASAL BAMBAM TIDAK LAGI MAHU MEMBELA BAMBAM.DARI DIBUANG ADIK AKU MENAWARKAN UNTUK MENGAMBIL BAMBAM DENGAN PEMBERIAN WANG IKHLAS SEBANYAK RM100.BAMBAM CUMA ADA SATU BERADIK.ABANGNYA TELAH DIAMBIL OLEH PENJAGA BARU YANG LAIN.FIZIKAL ABANGNYA LEBIH SEGAK DAN GARANG BERBANDING BAMBAM.BAMBAM DI COP SEBAGAI KUCING CACAT KERANA WAKTU KECIL DIA TIDAK BERLARI SEPERTI KUCING NORMAL YANG LAIN.MASA AWAL DAPAT BADAN BAMBAM PENUH DENGAN KUTU DAN KOTOR.SEKARANG PADA TAHUN 2013 DAN BAKAL MENYAMBUT RAYA KETIGA BERSAMA-SAMA.BAMBAM DISAYANGI OLEH SEMUA ORANG DISEKELILING EMBUN.BAMBAM SUKA BALIK KAMPUNG DAN SUKA MENYAMBUT HARI RAYA.






2. INI IALAH SELIPAR JEPUN UNTUK DAPUR EMBUN.EMBUN AGAK CEREWET SIKIT ORANGNYA TENTANG BAB-BAB PEMBERSIHAN DAN SUSUN ATUR BARANG.SEBAB ITU EMBUN LEBIH SELESA TINGGAL DIRUMAH SEORANG DIRI WALAUPUN KADANG-KADANG RASA SUNYI DAN BOSAN ITU MEMBUAK-BUAK DALAM DIRI.HOBI EMBUN CUMA MENGAMBIL GAMBAR.AMBIL GAMBAR UNTUK DIRI SENDIRI.EMBUN SUKA MAKAN DAN MAKANAN.SUKA BERKAROKE LEPASKAN GERAM.EMBUN JENIS ORANG YANG SEDERHANA,SUKAR MEMBERI MAAF,PANAS BARAN DAN TIDAK SUKA TIDUR WAKTU SIANG.EMBUN JENIS SUKA MENDENGAR TAPI KURANG BERKONGSI UNTUK ORANG LAIN MENDENGAR KECUALI TEMAN YANG RAPAT.JENIS YANG KASAR WALAUPUN SECARA FIZIKALNYA NAMPAK SOPAN DAN LEMAH LEMBUT.EMBUN AKAN MENINGGALKAN SESIAPA SAHAJA JIKA ORANG BERKENAAN MENIPU EMBUN.EMBUN MEMPUNYAI SIFAT SABAR YANG TINGGI DALAM BERKAITAN HATI.EMBUN SUKA MEMBERI SENYUMAN DAN RAMAH WALAUPUN EMBUN TAHU SESEORANG ITU MERAGUT APA YANG EMBUN SUKA ATAU SAYANG.EMBUN BUKAN SEORANG YANG LEMAH LEMBUT.SANGAT MEMENTINGKAN MASA DAN JANJI.MUDAH KASIHAN PADA SESIAPA SAHAJA BIARPUN SESEORANG ITU MUSUH ATAU SESEORANG YANG SUDAH MEMBUAT HATI EMBUN SAKIT.EMBUN SUKA HASIL YANG EMBUN ADA SEMUANYA DARI HASIL TITIK PELUH SENDIRI DAN KURNIAAN REZEKI DARI ALLAH SWT BUKAN BERGANTUNG PADA ORANG LAIN.EMBUN SUKA SELESAIKAN MASALAH SECARA BERHADAPAN DAN SUKA BERTERUS TERANG.JIKA EMBUN RASA PERKARA ITU BOLEH MEMBUAT HATINYA LUKA,EMBUN AKAN TINGGALKAN TANPA SEBARANG KATA.BANYAK KAN TENTANG EMBUN.INI BARU SEDIKIT.YANG LAIN-LAIN RAHSIA.BENDA-BENDA INI EMBUN BIASA AKAN BERTAHU AWAL-AWAL PADA MEREKA YANG MAHU RAPAT DENGAN EMBUN SUPAYA TIDAK TERKEJUT BILA EMBUN BUAT TINDAKAN KEMUDIAN HARI.SEKIAN UNTUK SINOPSIS TENTANG KASUT JEPUN BURUK EMBUN.