Tuesday, July 16, 2013

BUAH ZAITUN

SEKARANG EMBUN AMALKAN MINUM MINYAK ZAITUN.WALAUPUN BAGI EMBUN RASANYA TIDAK LAZAT TAPI KHASIAT YANG ADA PADA BUAH ZAITUN INI SANGAT BAIK.ENTRY INI EMBUN LETAK SEDIKIT INFO TENTANG BUAH ZAITUN.



"Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa
mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun."

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu
gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah
yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi.
Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu
gelap, berbentuk buah
badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka.
Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk
penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat
pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada
yang jernih di pasaran. Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah
 zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid
yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit.
Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan).
Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan
 produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak
 semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah
memudahkan  penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun
merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K
pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen
mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular,
arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan
sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga
digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam
mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah
zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit
jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang
berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan
 untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan
 sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk
Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat.
Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit
 jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian,
 risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun,
penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak
 zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung
berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal.
Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan
 arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan
"Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun
lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.
Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan
 sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull
di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan
 minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di
Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam
membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari
"Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak
 zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada
 dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang
lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak
zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun
tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

CARA PENGAMBILAN:
1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.

2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun
 dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).

3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak
 zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2
jam, cuci).

MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER,SAKIT JANTUNG DAN PERUT BUNCIT?
Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat badan.






GAMBAR-GAMBAR SUMBER DARI GOOGLE

No comments:

Post a Comment