Friday, February 10, 2012

SENI DAN FOTOGRAFI ITU APA? -Sumber dari JARING SENI BLOG.

Pasti semua antara kita tahu dan pernah belajar pendidikan seni di sekolah rendah ataupun menengah. Tetapi adakah kita faham perkataan seni itu sendiri. Yang kita tahu seni tu lukisan, betul tak?? Pernah tak kita fikir makna seni itu. Setelah saya melayari beberapa laman-laman web dan membaca artikel barulah saya faham terlalu banyak perkara berkaitan dengan seni yang berkait rapat dengan kehidupan kita.
Apa itu seni?
Bagi saya seni boleh di definasikan sebagai mesej,emosi, luahan perasaan, pemikiran, sesuatu yang indah dan halus yang digubah serta diolah kepada sesuatu yang berbentuk ukiran, arca, lukisan, lagu, foto dan sebagainya bertujuan untuk mengekspressi sesuatu maksud. Sesebuah karya seni mempunyai sesuatu nilai dan makna tersirat yang agak sukar untuk diterjemahkan oleh orang lain. Tetapi bukan semua karya seni itu sukar untuk difahami, ada yang dapat kita lihat terus mesej yang hendak disampaikan terutamanya melalui karya fotografi .
Apa itu fotografi?
Fotografi atau dalam bahasa inggrisnya Photography berasal dari bahasa Yunani iaituPhotos@Phos dan Graphos. Photos didefinasikan sebagai cahaya dan Graphos didefinasikan sebagai melukis. Apabila digabungkan keduanya ia membawa maksud melukis dengan cahaya. Untuk lebih difahami kita boleh definisikan sebagai satu kaedah seni atau satu proses rakaman yang menghasilkan gambar dimana cahaya yang dipantulkan oleh objek akan masuk melalui kanta(lens) kamera dan diproses menghasilkan gambar sebelum disimpan didalam media filem atau media simpanan digital. Terdapat pelbagai kegunaan fotografi antaranya perniagaan, sains dan santai.
Semua yang ditulis adalah berdasarkan fakta dan diolah mengikut kefahaman saya sendiri supaya lebih mudah difahami.