Monday, July 22, 2013

19 JULAI 2013. HARI KESEPULUH PUASA

SEPERTI BIASA,AGAK LEWAT MEMBUAT ENTRY BARU UNTUK PUASA YANG KE SEPULUH.PADA PUASA YANG KESEPULUH AKU CUBA BUAT KUIH CUCUR BADAK.INI KALI PERTAMA AKU BUAT KUIH CUCUR BADAK.AKU SEMPAT SHOOT BAHAN-BAHAN UNTUK INTI DAN UNTUK DOH CUCUR BADAK.CUCUR BADAK JUADAH BERBUKA AKU PADA PUASA KESEPULUH.





1. GAMBAR PERTAMA,UBI KELEDEK DIREBUS HINGGA EMPUK.





2. SETENGAH BIJI KELAPA PARUT UNTUK INTI.





3. UDANG KERING UNTUK INTI





4. SERAI SEBATANG UNTUK INTI





5. BAWANG MERAH TIGA BIJI UNTUK INTI





6. SEULAS BAWANG PUTIH UNTUK INTI





7. CILI BESAR MERAH UNTUK INTI





8. HALIA UNTUK INTI





9. SERBUK KUNYIT UNTUK INTI.MASUKKAN BAHAN-BAHAN INTI TADI KEDALAM MESIN KISAR UNTUK DIKISAR KESEMUA BAHAN.





10. GARAM SETENGAH SUDU TEH





11. GULA DUA SUDU BESAR.MASUKKAN DUA SUDU BESAR MINYAK MASAK KEDALAM BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR.SETELAH DIKISAR,MASAK  SEHINGGA BAHAN-BAHAN KISAR MENDIDIH DAN MASUKKAN KELAPA PARUT.INTI YANG TELAH DIMASAK AKAN DI MASUKKAN KEDALAM TENGAH DOH.UBI KELEDEK YANG TELAH EMPUK TADI DILENYEK DAN DICAMPURKAN BERSAMA TEPUNG.DOH HENDAKLAH TIDAK TERLALU LEMBIK DAN TIDAK TERLALU KERAS.





12. MEMANDANGKAN TANGAN AKU KOTOR UNTUK SHOOT MASA MEMBUAT DOH DAN MEMASAK INTI,JADI AKU SKIP GAMBAR TERUS KEPADA PENGGORENGAN CUCUR BADAK.





13. OK!.CUCUR BADAK SIAP UNTUK DIHIDANG.