Thursday, July 4, 2013

MAKAN DAN MAKANAN

.MAKAN DAN MAKANAN.

AKU MEMANG SUKA DENGAN MAKANAN DAN YANG PALING AWESOME IALAH AKU SUKA MAKAN.MARI AKU KENALKAN SEDIKIT MAKANAN YANG SUDAH SELAMAT AKU MAKAN.ADA BANYAK LAGI JUADAH TAPI KEMUDIAN-KEMUDIAN SAJALAH AKU UPLOAD.KESEMUA GAMBAR MENGGUNAKAN IPHONE 4.KALAU TENTANG MAKANAN AKUU TIADA MASA UNTUK MENGELUARKAN DSLR.


1. NAMA MAKANAN INI IALAH APAM MANIS.AKU BUAT PERTAMA KALINYA DAPAT MERASA MAKANAN INI SEBAIK SAHAJA TIBA DI PULAU PINANG.SEMENTARA MENUNGGU WAKTU UNTUK KE CHINA HOUSE,AKU BERSAMA PENEMAN-PENEMAN YANG LAIN MENGISI PERUT DULU.SEDAP DI CICAH BERSAMA KUAH KARI.AKU HABIS DUA KEPING APAM MANIS.





2. GAMBAR NOMBOR DUA INI IALAH NASI BERIANI LINE CLEAR.TIDAK LAH CLEAR SANGAT SEBAB AKU KELIRU ANTARA NASI BERIANI DAN NASI KANDAR.ADAKAH KEDUA-DUANYA SAMA?.TAPI INI SERIUS SEDAP DAN MANTAP.INI JUGA MAKAN DI PENANG.




3. UDANG BESAR INI AKU MAKAN BERSAMA DENGAN NASI BERIANI DI ATAS.AKU AMBIL TIGA EKOR DAN RASANYA SANGATLAH MENGENYANGKAN.ALHAMDULILLAH,SANGAT SEDAP DAN MANTAP SEPERTI BIASA.




4. INI PULA AIR TEH CINA.SEKARANG CERITA SUDAH SAMPAI KE NEGERI SELANGOR DAN SEKITAR KAWASAN TEMPAT KERJA AKU.KALAU AKU MAKAN DI RESTORAN ADNAN LEE,AKU MEMANG AKAN MINTA AIR TEH CINA.SEGAR.





5. INI IALAH NASI.KALAU ADA YANG MASIH BELUM KENAL NASI SILA KETUK KETAMPI SEBANYAK 1000 KALI.BIASA AKU AKAN MAKAN NASI DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT SEBAB AKU AKAN MAKAN BANYAK PADA BAHAGIAN LAUK.ORANG MALAYSIA MEMANG DIKENALI DENGAN MAKAN RUTIN HARIAN MEREKA IAITU NASI.





6. INI IALAH SUP RUMPAI LAUT.ADA TELUR,ADA SAYUR,ADA HALIA DAN IANYA BEGITU SEGAR SEKALI.SEDAP DAN MANTAP SEPERTI BIASA.





7.INI PULA HIDANGAN SOTONG GORENG TEPUNG.APA YANG PALING BEST DISINI IALAH BAHAN-BAHAN MASAKAN SEMUANYA SEGAR-SEGAR DAN TIDAK BERLEBIHAN MINYAK.SANGAT SEDAP,RANGGUP DAN RASA MAHU MAKAN LAGI.INI SEMUA SANGAT TERBAIK.





8. MAJORITI RAKYAT MALAYSIA MENGENALI TELUR DADAR.TELUR DADAR BUKAN TELUR DADA.PALING BEST DISINI IALAH TELUR DADAR INI MEMPUNYAI SAYUR-SAYURAN LAIN.KALAU MAKAN INI SAHAJA PUN SUDAH KENYANG.





9. NAMA MAKANAN INI IALAH AYAM KICAP PEDAS.NAMA SEBENAR LAIN,INI AKU SENDIRI BAGI NAMA SEBAB AKU LUPA NAMA MENU INI.RASANYA SEDAP DAN TIADA BAHAN ASING DALAM MAKANAN INI YANG BOLEH MEMBUATKAN PERUT MEMULAS-MULAS.SEMUANYA BAIK.





10.INI PULA SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN.AKU RASA LEBIH SEPARUH DARI RAKYAT MALAYSIA SUDAH MENGENALI MAKANAN INI.BUKAN SEKADAR KENAL TAPI TURUT SAMA MAKAN.SPERTI BIASA SANGAT SEDAP.





11.UDANG GORENG TELUR MASIN.INI KEGEMARAN AKU.SEDAP,FRESH DAN RASANYA TIDAK KETERLALUAN.





12. INI MENU IKAN TALAPIA MASAK ASAM PEDAS.TETAPI TIDAK BOLEH MENANDINGI ASAM PEDAS MELAKA YANG SEBENAR.APA PUN INI JUGA TERBAIK SEBAB IKAN INI SANGAT FRESH.





13.SELASAI MAKANAN DI RESTORAN ADALAN LEE,KITA NIKMATI PULA HIDANGAN DI SUSHI KING.SEBENARNYA SUSHI KING IALAH ANTARA MAKANAN PALING AKHIR DALAM SENARAI PEMAKANAN AKU.TETAPI DISEBABKAN ADIK AKU SUKA MAKAN SUSHI KING JADI AKU GAGAHKAN JUGA MENELAN BABY SOTONG INI.TIDAK SEMUA MAKANAN HANYA SUSHI DI RESTORAN INI.ADA JUGA MAKANAN-MAKANAN LAIN YANG SEDAP.





14.INI IALAH WASABI.UNTUK MAKLUMAN,LETAK SEDIKIT SAHAJA WASABI JANGAN BANYAK-BANYAK NANTI HIDUNG BERANGIN BERCAMPUR PEDAS.WASABI DICAMPUR DENGAN SOS MANIS DAN SOS MASIN.KEMUDIAN SUSHI YANG TELAH DIPILIH AKAN DICICAH PADA SOS INI.SETERUSNYA TIDAK PERLU BERITAHU LAGI.SETERUSNYA ANDA BOLEH MAKAN LAH.






15. INI BOLA-BOLA SOTONG.AKU LUPA NAMA MENU INI.TAPI SEDAP SEBAB BILA MAKAN RASA MACAM CAIR DALAM MULUT.TERLALU LEMBUT.KALAU MALAS KUNYAH BOLEH TELAN TERUS MAKANAN INI.





16.INI ANTARA SOS MANIS DAN SOS MASIN YANG AKAN DICAMPURKAN BERSAMA WASABI






17.MAKANAN KEGEMARAN AKU IALAH RAMEN!.BAIKLAH.INI MENU SUPER SEDAP,MANTAP DAN LAZAT.RASANYA PEDAS,SESUAI DENGAN SELERA TURUN TEMURUN AKU.






18.INI SALMON GRILL.SOS DI ATAS IKAN SALMON ITU AKU SENDIRI TIDAK TAHU TAPI RASANYA SANGAT SEDAP.NAMPAK SIMPLE KAN?.TETAPI RASANYA MEWAH.






19.SELESAI MAKANAN DI RESTORAN SUSHI KING,AKU KENALKAN PULA MAKANAN DI KENNY ROGERS.SEBELUM MAKAN MAKANAN YANG BERAT AKU MEMULAKAN SESI MANIS MULUT DENGAN MUFFIN VANILLA YANG SANGAT AWESOME INI.SELAIN VANILLA,ADA PERISA PANDAN,COKLAT DAN PISANG.LAIN-LAIN PERISA MUFFIN MUNGKIN AKU BELUM TAHU ATAUPUN MEMANG BELUM ADA.





20.INI AIR BUAH.AKU LUPA NAMA AIR INI TAPI RASANYA JUGA SANGAT AWESOME.BOLEH CUBA DISINI DAN BOLEH JUGA CUBA BUAT SENDIRI DI RUMAH.






21.DAN INI DIA MAKANAN BERAT AKU.ADA BUAH,ADA AYAM,ADA SALAD-SALAD.SEBELUM MAKAN YANG LAIN,AKU MAKAN BUAH-BUAHAN DULU.






22.INI SUP LABU.SUP LABU IALAH SALAH SATU SUP KEGEMARAN AKU.SANGAT SEDAP CUMA SUP LABU DI KENNY ROGERS TIDAK DAPAT MENANDINGI SUP LABU DI SECRET RECIPE.APAPUN MASIH AWESOME LAGI.






23.DAN AKHIR SEKALI MAKANAN UNTUK ENTRY INI IALAH AISKRIM JAGUNG HOMEMADE DARI PENANG.MEMANG NAMPAK SANGAT LAZAT KALAU MASA MAKAN IALAH MASA PANAS TERIK.