Friday, November 15, 2013

DON'T

" JANGAN BICARA TENTANG PERSAHABATAN JIKA IKATAN YANG SATU INI KAU CERAI-CERAIKAN. "


Tuesday, November 12, 2013

LOGIKA

" JANGAN KERAP MEMBERI ALASAN YANG TIDAK LOGIK. TIDAK SEMUA PENDENGAR ALASAN ITU STUPID. "


SEAKAN BINTANG








( SEBAHAGIAN GAMBAR DARI ATOK DAN SEBAHAGIAN DARI AKU.EDIT DARI AKU)

MASA AKU JUMPA ANGAH ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI "SEAKAN BINTANG" BERTARIKH 26 OKTOBER 2013,HARI SABTU MALAM AHAD DI RUMAH PENA.SEBENARNYA AKU SUDAH LAMA MENGENALI ANGAH.TAPI CUMA KENAL DALAM LAMAN FACEBOOK SAHAJA.KIRANYA,INI KALI PERTAMA AKU DIBERI REZEKI UNTUK BERJUMPA DENGAN BELIAU.ADA SATU LAGU AKU SUKA DARI ANGAH.LAGU INI SEINGAT AKU BELIAU PERNAH BAGI AKU DENGAR DULU DALAM INBOX FACEBOOK.AKU MULA SUKA LAGU INI SEJAK KALI PERTAMA AKU DENGAR.DAN LAGI BEST KALAU DENGAR SECARA BERDEPAN.PERASAANNYA BERBEZA.MEMANDANGKAN YANG AKU RECORD MELALUI HANDPHONE KUALITINYA KURANG MEMUASKAN JADI AKU COPY LINK DARI YOUTUBE UNTUK DI LETAK DALAM ENTRY BARU AKU DI BLOG.LAGU INI BERTAJUK RAJA DAN BIDADARI.


Monday, November 4, 2013

HIGHLAND TOWER RIP 11.12.1993

SEDIKIT TENTANG SEJARAH TRAGEDI DI HIGHLAND TOWER.SUMBER DARI WIKIPEDIA.


Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu KlangSelangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.


KAJIAN GEOLOGI
Pelbagai pihak melakukan kajian terhadap tanah runtuh khususnya di Bukit Antarabangsa yang melibatkan Highland Towers. Antaranya ialah Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).Hampir setiap universiti mempunyai pusat penyelidikan dan kepakaran berkaitan alam sekitar malah lebih mengkhusus lagi kepada tanah runtuh antaranya seperti Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (Nasec) di UiTM dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) di UKM. Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (Nasec) di UiTM

MANGSA YANG TERBUNUH

  • Rohana Bano Mushtak Ahmad, 29
  • Mohammad Budi Abdullah @ Robin Williams Wharton, 44
  • Mohammad Adam, 6 months
  • The son of former Deputy Prime Minister of Malaysia, Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid and his wife, Rosina Datuk Abu Bakar.
  • Korean woman, Bahk Jung Soon, 45, and her daughter Bahk Hee Won.
  • Koh Yuet Met
  • Gene Koh Wai Keong, 15
  • Brandon Koh Wai Hong, 6
  • Daryl Koh Wai Kin, 3.
  • Yap Kien Seng, 18.
  • Yap Woei Ning
  • Yap Hsiao Mei, 18 and her mother - Wong Mee Thai, 35
  • Datin Milly Lee, 55
  • Teo Tea
  • Ong Yong, 53
  • Douglas Ong Tee Ming, 17.
  • Fatimah Abdul Majid, 66
  • Che Mariam Abdul Majid, 76
  • Noranira Mohamed Nor, 15
  • Nik Mohamed Baharuddin, 41
  • Shizue Nakajima, 50
  • Dr Anne George,
  • Debbie George
  • Sharon George
  • Majnawiyah Masnawi, 25
  • Amirah Nor Hamzah, 15
  • Fergus Phang Thien Liang, 26
  • Phang's mother, Ivy Lim Ai Bee
  • Phang's grandmother, Cheng Kim Tai
  • Trimah Ngarijo
  • Yusna Anuar
  • Farah Aruzi
  • Lee Mun Lin
  • Tony Lou Yoke Yong
  • Adrian Lou Chung Wei
  • Barry Lou Ka Wei
  • Sajjive Chandran
  • Prakash Chandran
  • Radha Chandran
  • Quah Li Jun
  • Chiew Poh Wah
  • Goh Fong Kiew
  • Judith Mosquiter
  • Suharti Kusban
  • Aribinda Datta
  • Rita Datta
  • Mohan Raj

PUNCA TANAH RNTUH
  • Musim tengkujuh di Malaysia iaitu bulan November dan Disember membawa hujan lebat melampau setiap tahun dan boleh menyebabkan banjir , banjir kilat dan tanah runtuh. Blok 1 Highland Towers runtuh selepas hujan yang turun 10 hari berturut-turut menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat meletak kereta kondominium itu runtuh. Kadar air luar biasa menyebabkab tahap kelembapan tanah, kekuatan struktur tanah, keseimbangan kandungan bendalir di dalam tanah dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan.[1] Hutan Hujan Khatulistiwa yang padat memenuhi Banjaran Titiwangsa dengan daunnya yang lebar serta berakar tunjang, sekali gus mampu menampung dan menerima taburan hujan yang lebat dan bertindak sebagai pemangkin kepada tanah. Apabila tidak ada tanaman tutup bumi, air akan meresap ke dalam tanah dan menjadi pelincir kepada gelongsoran tanah dan bangunan di atasnya.
  • Kesilapan dalam rekabentuk tembok penahan yang dibina di belakang Blok Satu Kondominium Highland Towers mungkin antara punca berlakunya tanah runtuh di situ. Perunding jurutera geoteknikal, Prof Noel Edward Simons menyalahkan rekabentuk tembok penahan yang tidak sempurna.
  • Jurutera Perunding Geoteknikal, Dr Alan George Weeks menyatakan pangsapuri Highland Towers runtuh hasil daripada pergerakan bawah tanah yang bermula dari kawasan runtuhan lereng bukit milik Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB) di belakang pangsapuri itu. Beliau menolak kesimpulan oleh pakar Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) , Prof Noel Edward Simons . Tanah runtuh kerana keruntuhan besar dan bukan beberapa siri keruntuhan seperti dakwaan MPAJ.
  • Sistem saliran tidak sempurna di kawasan pangsapuri mewah di Hulu Klang dan sistem perparitan yang tidak dikendalikan dengan sistematik. Proses pembersihan dengan menebang pokok membabitkan sebahagian kawasan di situ menyebabkan ia membentuk sasaran saliran dari atas bukit terus ke kawasan berhampiran dan pangsapuri berkenaan. Rakaman video 10 minit tahun 1992 menunjukkan air mengalir turun dari lereng bukit ke keliling kondominium Highland Towers ketika hujan lebat, setahun sebelum tragedi. Air membuak dari lereng bukit menuju ke arah Blok C kondominium dan tingkat paling bawah tempat letak kereta blok itu telah dibanjiri tanah lumpur. Longkang untuk mengalirkan air daripada paip pembentung di lereng bukit ke parit utama di hadapan blok Highland Towers tidak dibina. Ahmad Zaini Mohd Yusof selaku bekas pegawai daerah menyatakan Majlis Daerah Gombak (MDG) tidak menghentikan kerja pembinaan kondominium Highland Towers walaupun pemaju gagal mengemukakan pelan saliran untuk mengalirkan air dari kawasan itu ke Sungai Ulu Klang. Pemilik lot kosong di belakang kondominium Highland Towers, Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB), tidak mengadakan sistem saliran sementara kerana ia menunggu sistem induk yang akan dibina untuk keseluruhan kawasan itu.
  • Topografi kawasan itu yang berbukit, keadaan geologi dan jenis tanah yang tidak stabil juga menggalakkan berlaku tanah runtuh. Pakar geologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Ibrahim Komoo menyatakan tanahnya bukan batu yang kuat tetapi tanah bercampur pasir. Ini termasuklah Bukit Antarabangsa, Taman Tun Abdul Razak, Taman Hillview dan Bukit Indah.
  • Gaya hidup mereka yang memiliki taraf ekonomi dan sosial yang tinggi berbangga menghuni di kawasan lereng, cerun dan tanah tinggi. Mereka membeli dan membina kediaman mewah di kawasan tersebut walaupun nampak hebat sama ada disedari atau tidak seperti pelaburan jangka panjang untuk membunuh diri dan ahli keluarga sendiri. Apabila permintaan tinggi maka pihak pemaju sebagai golongan kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan tidak 'gila' untuk berlumba-lumba membina kawasan perumahan di tanah tinggi.
  • Pembinaan bangunan rancak dan tiada pemantauan cerun oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Pemaju perumahan melobi hendak memajukan cerun skala 3 dan skala 4 dengan alasan akan menggunakan teknologi penampan cerun yang terkini. Cerun bukit ditarah secara melampau , pokok-pokok yang menjadi pasak bumi dan rumput tutup bumi tidak dijaga dengan rapi.
  • Kerajaan negeri Selangor tidak boleh membatalkan kontrak pembangunan yang telah diberikan kepada pihak pemaju kerana ia membabitkan implikasi undang-undang. Pemaju yang kerugian dari segi kos tanah, kos arkitek dan bahan binaan tentu akan menyaman pihak berkuasa. Mereka juga melobi ahli politik agar menekan pegawai daerah, pegawai pejabat tanah dan sebagainya. Mereka lupa bahana yang pasti bakal menimpa 10-20 tahun lagi. Contoh terbaik ialah Taman Pertanian Bukit Cerakah seluas 3,000 ekar di Seksyen U10, Shah Alam telah diagih-agihkan kepada lebih 30 pemaju Kawasan ini adalah bukit-bukit tinggi dan kawasan tadahan air.

KRONOLOGI PERISTIWA
  • 11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Dr Hui Chan Peng, yang tinggal selama 14 tahun di tingkat empat Blok A kondominium 12 tingkat itu menyatakan dia kembali dari kerja pada jam 1.30 petang, lima minit sebelum tragedi itu berlaku. Dia yang sedang berbual dengan Puan Abraham, terdengar bunyi gegaran dan tiba-tiba batu besar bergolek ke arahnya. Surirumah Leela George (39) menyatakan dia mendengar bunyi kuat seperti `dentuman logam' jam 1.30 tengah hari dari arah belakang blok A.
124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn membantu mencari . Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) , sukarelawan PBSMM datang lebih awal.
Pasukan penyelamat ternampak sebatang kayu terjuih keluar dan begoyang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan diselamatkan.
Nakajima Shizue, 50wanita rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam. Dr Shahrum Abdul Wahid dari HKL menyatakan Nakajima mengalami pendarahan dalam yang teruk.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad , Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai menteri kabinet datang menjenguk.
  • 12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman HillviewHulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu. Helikopter Nuri dan Alouette milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat tinjauan udara.
  • 13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi.Mereka menggunakan teknologi pengesan degup jantung dan menebuk lubang 4.5 meter dalam. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.
  • 15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang. Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan. Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan .
  • 16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.
  • 17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.
  • 18 Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.
  • 19 Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.
  • 20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.
  • 21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. J
  • 22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.
  • Dr Nik Ramlan Nik Hassan dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Teknikal Menyiasat Tragedi Highland Towers. Kondominium itu dimiliki dan dimajukan oleh Highland Properties Sdn Bhd.
  • 14 Oktober 1997 , Bekas presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Henry Lee Inn Seong, memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa pelukis pelan pangsapuri Highland Towers yang runtuh tidak mempunyai kelayakan bagi bangunan setinggi 12 tingkat. Beliau menyatakan pelukis pelan itu, Wong Tin Sang, hanya mempunyai kelayakan untuk mendirikan bangunan tidak melebihi 300 meter persegi atau 3,000 kaki persegi atau tidak melebihi dua tingkat.
  • 14 November 1997 , Koroner Mohd Radhi Abas dari Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan tragedi Highland Towers bukan disebabkan sebarang unsur jenayah dan bencana alam, tetapi adalah satu kejadian nahas dan kecederaan berganda yang menimpa mereka selepas pangsapuri terbabit runtuh. Ia "bukan satu bencana alam semula jadi".
  • Saman dikemukakan oleh 73 pemilik blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong. Saman terhadap pemaju dan sembilan lain bagi kerugian yang dialami antara RM31 juta hingga RM35 juta. Kumpulan itu menyaman Highland Properties Sdn Bhd, pelukis pelan Wong Tin Sang, jurutera Wong Yuen Kean, Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ), Arab- Malaysian Finance Berhad, Tropic Developments Sdn Bhd dan Metroplux Sdn Bhd. Gambar yang dirakam oleh Bruce Aaron Mitchell (49), bekas juruterbang Tentera Marin Amerika yang mengambil 8 keping gambar dari tingkap bilik pangsapuri kawannya di Blok C menjadi bukti dalam kes saman terhadap 10 pihak. Gambar itu menunjukkan tanah runtuh dan runtuhan kondominium Blok A di saat-saat tragedi itu . Pengurus Projek Micheal Patrick Rickard (51), penghuni di Blok C mendakwa rompakan bermula ketika operasi menyelamat mangsa yang pada masa itu dipercayai masih hidup dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan Blok C yang runtuh pada 11 Disember, 1993. Padahal bangunan yang dikosongkan itu dikawal oleh tentera dan polis. Bekalan air dan elektrik terputus selepas blok satu runtuh.
  • 8 Ogos 2002: Hakim Datuk James Foong di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Wisma Denmark, Jalan Ampang memutuskan 7 daripada 10 pihak yang disaman 60 penghuni, waris dan keluarga mangsa tragedi Highland Towers sebagai cuai.Laporan penghakiman 162 muka surat itu mengembirakan Dr Benjamin George selaku pengerusi Persatuan Penduduk dan Pemilik Highland Towers.
  • 4 Disember 2002: Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB) merayu kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Lamin Yunus yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mokhtar Sidin dan Datuk Mohd Saari Yusoff berkaitan pampasan yang perlu dibayar.  Di Mahkamah Rayuan, 3 hakim diketuai Datuk Gopal Sri Ram bersama Datuk Richard Malanjum dan Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff memerintahkan 3 pihak yang cuai supaya membayar gantirugi. Iaitu MPAJ 15 %, , jurutera Wong Yuen Kean 10 %, Arab-Malaysian 30 % , Metrolux Sdn. Bhd. dan MBF Property Services Sdn. Bhd. 20 % .
  • 2004 : Akhirnya diluar mahkamah , AmFinance Bhd setuju membayar RM52 juta kepada 139 plaintif yang diketuai oleh Dr Benjamin George.
  • 18 Februari 2006 : Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) , Majlis Daerah Gombak (MDG) atau mana-mana kerajaan tempatan mempunyai kekebalan dan dilindungi Seksyen 95 (2) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 daripada sebarang tuntutan sebelum runtuhan. Tan Sri Steve Shim Lip Kiong , Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Datuk Arifin Zakaria memutuskan MPAJ tidak bertanggungjawab terhadap kerugian sebelum dan selepas kondominium itu runtuh. Kerajaan tempatan ditugaskan menjalankan beberapa tanggungjawab termasuk menyedia dan menyelenggara tempat rekreasi, memungut sampah, menyediakan kenderaan awam, menyedia rumah untuk setinggan dan banyak lagi serta harapan orang ramai adalah tinggi. Ini adalah tanggungjawab sosial kepada pembayar cukai di kawasan mereka dan sumber kewangannya hanya melalui cukai taksiran dan bayaran lesen.




AKU BELUM PERNAH LAGI UPDATE TENTANG HIGHLAND TOWER DI DALAM BLOG AKU.SETAHUN YANG LEPAS AKU PERNAH KE SINI DENGAN BEBERAPA ORANG RAKAN YANG LAIN.MEMANDANGKAN SUDAH KELUAR MOVIE TENTANG HIGHLAND TOWER JADI AKU PUN BERSEMANGAT MENYELONGKAR KEMBALI GAMBAR DAN VIDEO LAMA UNTUK DI KONGSI DI BLOG AKU.WAKTU AKU PERGI IALAH 4 JULAI 2012 BERSAMA-SAMA BEBERAPA RAKAN YANG LAIN PADA SEBELAH PETANG, 4 : 47 PETANG WAKTU MALAYSIA.DAN KELUAR DARI HIGHLAND TOWER PADA JAM 6 : 15 PETANG WAKTU MALAYSIA.AKU TIDAK BANYAK SHOOT KETIKA BERADA DISINI.BANYAK MERAKAM VIDEO SAHAJA.KAMI CUMA DAPAT PERGI BEBERAPA TEMPAT SAHAJA SEBAB HARI ITU HUJAN SANGAT LEBAT DAN KEADAAN DI DALAM PUN SEMAKIN GELAP.SEBELUM AKU KESINI,RAKAN-RAKAN YANG LAIN PERNAH DATANG KE SINI.JADI AKU DAN RAKAN-RAKAN YANG PERTAMA KALI DATANG MENGIKUT SAHAJA ARAHAN DARI MEREKA YANG PERNAH DATANG.MULA-MULA RASA TERUJA DENGAR DAPAT MASUK KE HIGHLAND TOWER.BILA JEJAK KAKI KE SANA RASA TAKUT MESTI ADA.BILA AKU SAMPAI DI KOLAM RENANG HIGHLAND TOWER,AKU PUN SEDEKAHKAN AL-FATIHAH BUAT SEMUA YANG TERKORBAN DISITU.SELESAI AL-FATIHAH AKU TERDENGAR ADA TANGISAN BUDAK KECIL.AKU INGAT KHAYALAN AKU.LEPAS DENGAR TANGISAN BUDAK KECIL,AKU TERDENGAR PULA TANGISAN SEORANG WANITA SAMBIL MEMINTA TOLONG.MASA AKU TERDENGAR AKU BERDIAM DIRI DAN MULA RASA TAKUT.AKU PEGANG AL-QURAN KECIL YANG AKU BAWA.KEBETULAN SEBELUM MASUK AKU AMBIL AIR WUDUK,AIR WUDUK DARI SOLAT.INI BUKAN CERITA REKAAN ATAU KHAYALAN AKU TAPI CERITA YANG AKU BENAR-BENAR ALAMI.NASIHAT DARI RAKAN YANG PERNAH DATANG SINI,MEREKA KATA JANGAN HIRAUKAN DAN JANGAN IKUTKAN PERASAAN.JADI AKU PUN MULA ABAIKAN APA YANG AKU DENGAR,AKU TIDAK HIRAU APA YANG AKU DENGAR.SELESAI NAIK ATAS DAN JAM PUN SUDAH MENUNJUKKAN WAKTU YANG TEPAT UNTUK KELUAR DARI SANA,KAMI SEMUA PERLAHAN-LAHAN TURUN KE BAWAH.SAMPAI DI PARKING KERETA,SEORANG RAKAN INGIN SHOOT AKU DI SATU TEMPAT TIDAK JAUH DARI TEMPAT AKU BERDIRI.SATU SHOOT SIAP,DAN PERMINTAAN UNTUK SEKALI LAGI SHOOT.BELUM RAKAN AKU MENEKAN SHUTTER UNTUK SHOOT KEDUA,AKU TERDENGAR TEPAT DITELINGA AKU SESUATU SEDANG KETAWA.YA,KETAWA KECIL DI SEBELAH AKU.DENGAN PANTAS AKU MENGAJAK RAKAN AKU YANG SHOOT AKU TADI SEGERA KELUAR DARI TEMPAT PARKING IKUT RAKAN-RAKAN YANG LAIN.YANG PALING TERKEDU AKU DAPAT RASA KEHANGATAN DAN ANGIN,SEOLAH-OLAH NAFAS SESEORANG DI TELINGA AKU.PALING NGERI SALAH SEORANG RAKAN AKU BAWA BALIK TEMAN DARI SANA.NGERI.MEMANG TEMPAT INI MENAKUTKAN.MANA YANG TERINGIN MAHU JEJAK KE KAWASAN INI,SILA LAH BAWA SESIAPA YANG PERNAH KE SINI DAN BERPENGALAMAN.YANG PENTING DIA BOLEH JAGA ANDA SEWAKTU DISANA.LAST SEKALI,MARILAH TENGOK MOVIE HIGHLAND TOWER.

Thursday, October 31, 2013

EDIT GAMBAR

KEBANYAKKAN GAMBAR AKU EDIT DENGAN BERMAIN DI CURVES DAN SELECTIVE COLOR SAHAJA.KADANG-KADANG AKU EDIT DI NIK SOFTWARE.UNTUK LANGKAH-LANGKAH DI BAWAH AKU TUNJUK SECARA RAMBANG SAHAJA.BAGI AKU PAKAI CURVES UNTUK GAMBAR INI PUN SUDAH MEMUASKAN HATI AKU.CUMA AKU TUNJUK APA YANG AKU SELALU GUNA DI NIK SOFTWARE.YANG LAIN BOLEH ADJUST IKUT KEHENDAK CITA RASA MASING-MASING.TAPI AKU SELALU PAKAI CURVES,SELECTIVE COLOR DAN NIK SOFTWARE.INI BARU PAKAI CS6,SEBELUM INI AKU PAKAI CS3.SEBELUM BELAJAR PAKAI PHOTOSHOP,AKU PAKAI PHOTOSCAPE.










BAKSO PALING SEDAP !

MASIH INGAT ENTRY AKU YANG LEPAS http://akuembun.blogspot.com/2013/07/bakso-dan-sate-kambing-paling-lazat.html . INI KALI KEDUA AKU DATANG KESINI DAN MENIKMATI DUA MANGKUK BAKSO.SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SEDAP!.HARI SELASA BARU-BARU INI AKU DATANG KESINI BUAT KALI KETIGA.AKU LUPA JALAN KESANA TAPI KAWAN AKU ADA BAGI TAHU AKU YANG... "  lepas simpang one utama masuk kiri (kearah tv3) sampai hujung belok kanan. belah kiri ada petrol station (apa nama lupa), masuk kiri. 300m kedepan je ada satey " . MACAM ITU LAH DIA BAGI TAHU DALAM INBOX FACEBOOK.SERIUS SEDAP !. NAMA GERAI SATE ARA MADURA SALEHA YANG TERLETAK DI PETALING JAYA.










PIZZA DAN PAGI SABTU

AKTIVITI PAGI PADA HARI SABTU 26 OKTOBER 2013.SEBELUM KE PERJUMPAAN PHOTOBOOK.SELESAI MENGEMAS RUMAH,AKU PUN MENYEDIAKAN SARAPAN PAGI UNTUK DIRI SENDIRI.PIZZA AKU BELI SEGERA DI JUSCO.AKU CUMA TAMBAH SOSEJ MARINA SPICY DAN SEDIKIT KEJU.BILA LETIH MAKAN MEMANG SEDAP SEBAB PERUT JADI LAPAR.YUMYUM!















Wednesday, October 30, 2013

24 HOURS ON MY ??TH BIRTHDAY

24 JAM DALAM HARI LAHIR AKU PADA 19 OKTOBER 2013,SABTU DUA MINGGU YANG LEPAS.SEBENARNYA AKU TIDAK LAH GEMAR MENYAMBUT HARI LAHIR AKU SENDIRI.MUNGKIN KERANA JALAN CERITA HIDUP ZAMAN KANAK-KANAK TIDAK BERPIHAK PADA AKU.SEJAK DUA TAHUN KEBELAKANGAN INI,ADA BEBERAPA RAKAN,ORANG RAPAT DAN TEMAN SETIA TOLONG BERSAMA MENYAMBUT HARI LAHIR AKU.TERIMA KASIH DAN LOVE YOU ALLS!.SEBENARNYA ADA BANYAK LAGI GAMBAR TAPI AKU CUMA RAJIN SUSUN SEDIKIT SAJA.MAKLUMLAH,SIFAT MALAS SELALU MENANG.



THE PHOTOBOOK CLUB KL. 26 OCTOBER 2013.

SEDIKIT GAMBAR KETIKA PERJUMPAAN PHOTOBOOK CLUB KUALA LUMPUR PADA HARI SABTU YANG LEPAS 26HB OKTOBER 2013 BERTEMPAT DI KAFFE CAFE,TTDI.BANYAK BUKU-BUKU BERKAITAN FOTOGRAFI DARI LUAR NEGARA DAN JUGA DALAM NEGARA DI KONGSI PADA HARI SABTU LEPAS.SELAIN ITU AKU JUGA DAPAT KENAL BEBERAPA KAWAN BARU YANG SEBELUM INI HANYA KENAL DI LAMAN MUKA BUKU (FACEBOOK).SELAIN MINUM-MINUM PETANG DAN MAKAN-MAKAN PETANG,KAMI JUGA TURUT BERKONGSI ILMU-ILMU BERKAITAN FOTOGRAFI.SATU PERJUMPAAN YANG BERMANFAAT.SELAIN MELIHAT HASIL KERJA LUAR,AKU JUGA DAPAT LIHAT HASIL-HASIL YANG BEST DARI NEGARA AKU SENDIRI.BOLEH BERKONGSI PANDANGAN,PENDAPAT DAN NASIHAT DARI RAKAN-RAKAN YANG HADIR.SELAIN ITU,YANG HADIR JUGA BOLEH MEMBAWA SEBARANG BUKU BERKAITAN FOTOGRAFI UNTUK DIKONGSI BERSAMA.AKTIVITI YANG CUKUP SANTAI,TENANG DAN MENYERONOKKAN.KEBETULAN HARI ITU HARI FREE BAGI AKU.SELEPAS INI SIBUK DENGAN BERMACAM-MACAM KERJA SEHARIAN DAN KERJA SAMBILAN.HARI YANG SANGAT AWESOME!.





\