Thursday, July 18, 2013

13 JULAI 2013. HARI KEEMPAT PUASA

GAMBAR-GAMBAR YANG AKU SHOOT PADA HARI KE EMPAT PUASA.SIAPA LAGI KALAU BUKAN GAMBAR BAMBAM SAHAJA YANG MEMENUHI RUANG BLOG AKU.BAMBAM DAPAT HADIAH BULAN PUASA.




1. AKU BELIKAN MAKANAN RINGAN UNTUK BAMBAM.DALAM HATI AKU,MUNGKIN BAMBAM BOSAN DENGAN ROYAL CANIN YANG DIA MAKAN HARI-HARI.JADI AKU BELI MAKANAN RINGAN PERASA AYAM.TERNYATA BAMBAM TIDAK PANDANG MAKANAN LAIN SELAIN DARI ROYAL CANIN DAN AYAM GORENG SEBENAR.MEMANDANGKAN BAMBAM TIDAK SUKA PADA MAKANAN INI,JADI AKU SEDEKAHKAN PADA KUCING OREN YANG AKU TEMUI WAKTU BALIK TADI DI LIF.





2. SABUN MANDI BARU UNTUK BAMBAM.MASA BELI DI KEDAI BAUNYA SANGAT HARUM.BILA SUDAH TERKENA PADA BADAN BAMBAM,BAU HARUMNYA HANYALAH ILUSI.NANTI BELI SABUN LAIN UNTUK BAMBAM.





3. DAN HADIAH AKHIR SEKALI IALAH TEMPAT MENCAKAR UNTUK BAMBAM.BAMBAM LANGSUNG TIDAK CAKAR DITEMPAT BARU INI.DIA LEBIH SUKA MENCAKAR PADA KAYU SEBENAR.TAPI TIDAK APA,MUNGKIN SATU HARI NANTI HATINYA TERBUKA UNTUK MENCUBA BENDA BARU SELAIN KAYU.