Monday, April 21, 2014

CAMBODIA 2013 PART (III)

AKHIRNYA SAMPAI JUGA EPISOD TERAKHIR CERITA AKU TENTANG CAMBODIA.EH?.OK!.REFRESH BALIK MEMORY TENTANG ITU.DAN SETELAH HABISKAN MASA BERSAMA PENGAJAR AKU DALAM TEMPOH YANG LAMA,SAMPAI MASA AKU PULANG KE MALAYSIA.PESANAN TERAKHIR DARI NYA IALAH SEGERAKAN MENGHANTAR EMAIL TENTANG ARTWORK AKU.YA,DAN AKU SUDAH MENGHANTAR EMAIL.TIDAK MENGHARAP CUMA MENUNAIKAN JANJI.DIA PESAN JANGAN BERHENTI MENGAMBIL GAMBAR.MEMANG AKU BELUM BERHENTI CUMA AKU MASIH BELUM BERMULA.HAHA!.SORRY!.TIDAK JANJI TAPI AKAN DATANG AKU TEPATI.SUDAH TAMAT EPISOD DI CAMBODIA.MANA GAMBAR DARI SANA?.NANTI AKU KELUARKAN CUMA BELUM TAHU BILA DAN DIMANA.NEXT TIME CERITA NORMAL.CUKUP LAMA AMBIL MASA UNTUK HABISKAN EPISOD CAMBODIA INI.LEGA BILA SUDAH HABIS.YEAH!

Thursday, March 20, 2014

CAMBODIA 2013 PART (II)

BAIKLAH.AKU SAMBUNG SEMULA CERITA AKU TERTANGGUH SEBELUM INI.CERITA SAMPAI BAB MAKAN DI SALAH SATU RESTORAN KEPUNYAAN RAKYAT MALAYSIA DI CAMBODIA.AKU TIDAK AKAN CERITAKAN TENTANG KELAS DAN PRESENTATION AKU PADA SETIAP TENGAH HARI LEPAS LUNCH,INI KERANA AKU TIDAK MAHU BERCERITA TENTANG PART ITU.YANG AKU TAHU 27 ORANG LAGI DARI PELBAGAI NEGARA SEMUANYA SANGAT BAIK DAN RAMAH TAMAH.SEMUANYA ADA CARA MASING-MASING YANG KADANG-KADANG PUN KITA TIDAK BOLEH TERIMA.TAPI TIDAK SEMUA YANG ADA ITU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI ATAU SOMBONG.MUNGKIN SECARA MATA KASAR KITA RASA BEGITU TAPI HAKIKATNYA MEREKA SEMUA SANGAT SWEET TAHAP KRITIKAL.SETELAH HABIS PROJEK DAN SELESAI SEGALA PRESENTATION,AKU ADA LEBIHAN MASA SELAMA SEMINGGU SEBELUM AKU PULANG KE MALAYSIA.DAN DALAM MASA SEMINGGU ITU AKU MULA BERKENALAN DENGAN CIKGU AKU.OK,AKU LUPA BERITAHU YANG KAMI ADA 3 KATEGORI.HAHA!.TERTINGGAL SEDIKIT PENCERITAAN,SANGAT GAGAL KALAU BUAT NOVEL.ADA 3 KATEGORI IAITU,CONCEPTUAL,PHOTOJOURNALIST DAN DOCUMENTARY.AKU DALAM KELOMPOK CONCEPTUAL.NOW,SAMBUNG CERITA  PERKENALAN AKU DENGAN CIKGU AKU.CIKGU AKU NAMA DIA ANTOINE D AGATA.KAU TAHU,AKU AMBIL MASA TERLALU LAMA UNTUK SEBUT NAMA DIA.DARI SEBELUM AKU KENAL DIA SAMPAI LAH AKU JUMPA DIA.AKU MULA PANDAI SEBUT NAMA DIA DENGAN BETUL IALAH KETIKA SESI PEMBELAJARAN BERMULA.SELAMA NI AKU SEBUT HANTU HANTU HANTUAN.OK,TERNYATA SANGAT SANGAT SILAP.AKU MALAS CERITA SIAPA DIA,CARI SENDIRI LAH SIAPA ANTOINE D AGATA ITU.TEMPOH SEMINGGU AKU HABIS BERSAMA DENGAN BELIAU.MAKSUD AKU BERSAMA DILUAR.SEBENARNYA AKU TIDAK MAHU CERITA APA YANG KAMI KONGSI SELAMA SEMINGGU.AKAN DIKONGSI TAPI BUKAN DI BLOG AKU.INSYAALLAH DI MANA-MANA NANTI AKU KONGSI.AKU RASA,INI IALAH PENGALAMAN PALING AKU TIDAK BOLEH LUPA SELAMA AKU HIDUP.PERASAAN ITU CUMA AKU SAHAJA YANG TAHU.AKU TIDAK PERNAH MERASA SELESA,SANGAT SELESA BERSAMA DENGAN ORANG ASING.BERSAMA DIA AKU RASA MACAM AKU SUDAH KENAL DIA SELAMA 10TAHUN.KAMI KONGSI MACAM-MACAM CERITA,KAMI BUAT MACAM-MACAM BENDA SELAMA KAMI ADA MASA BERDUA.BAIKLAH,ITU SAHAJA CERITA.NEXT ADALAH CERITA TERAKHIR.

Monday, March 10, 2014

CAMBODIA 2013 PART (I)


SELAMAT HARI ISNIN.HARI INI AKU AKAN BERCERITA SERBA SEDIKIT TENTANG AKU DAN CAMBODIA PADA AKHIR TAHUN 2013.CUMA DAPAT BERKONGSI CERITA,BERKONGSI GAMBAR BELUM BERSEDIA.AKU INGAT-INGAT LUPA BILA AKU MENERIMA EMAIL DARI ANGKOR.YANG AKU INGAT SALAH SEORANG RAKAN AKU CALL DAN BERITAHU NAMA AKU TERSENARAI MEWAKILI MALAYSIA.RAKAN ITULAH YANG SEBENARNYA MEMBERI DORONGAN PADA AKU UNTUK MENGHANTAR PORTFOLIO.JADI 3HARI SEBELUM TARIKH TUTUP,AKU PUN DENGAN RASA WAS-WAS MENGHANTAR BEBERAPA KEPING GAMBAR.MASIH LAGI DALAM HATI YANG AKU TIDAK MENGHARAP APA-APA.HANYA PERLU MENEKAN BUTTON SEND EMAIL PUN AKU BELUM BERSEDIA LAGI.BAIKLAH,KITA SKIP CERITA TENTANG ITU DAN KITA TERUS KEPADA BULAN SETERUSNYA.MUNGKIN BULAN 9 AKU MENERIMA KHABAR ITU DARI RAKAN AKU TADI.AKU MENGGUNAKAN NAMA SEBENAR AKU DALAM PORTFOLIO YANG DIHANTAR JADI BILA NAMA KELUAR DI WEBSITE ANGKOR,RAMAI YANG TIDAK TAHU ITU IALAH AKU IAITU "EMBUN".AKU MULA-MULA RASA TIDAK PERCAYA TAPI BILA AKU ONLINE DAN TENGOK EMAIL,YA AKU DIPILIH.PERASAAN PERTAMA AKU IALAH SEJUK SERAM SEJUK SEBAB INI BUKANLAH DALAM KOTAK FIKIRAN AKU DAN IMPIAN AKU.PERASAAN KEDUA AKU IALAH MUNGKIN AKU TIDAK DAPAT PERGI KERANA URUSAN KERJA DI SINI.DAN PERASAAN KETIGA MAK AKU CONFIRM TIDAK BENARKAN PERGI JAUH-JAUH DARI MALAYSIA DENGAN SEORANG DIRI.BAIKLAH,KITA SKIP LAGI TENTANG PERASAAN UNTUK MENGELAKKAN PEMBACA BERASA BOSAN DAN MENGUAP KALI KE SEJUTA.RUMUSAN DARI PERASAAN IALAH BOS AKU MEMBERI CUTI SELAMA SEBULAN,DAN MAK AKU PULA BENARKAN KERANA PELUANG DAN REZEKI BUKAN DATANG SETIAP MASA.JADI YANG BUAT AKU BERAT HATI IALAH MENINGGALKAN BAMBAM,KUCING KESAYANGAN AKU HIDUP DAN MATI.OK,RUMUSAN DARI KUCING ITU PULA IALAH,HANTAR BELIAU KE KEDAI HAIWAN YANG MENAWARKAN PENJAGAAN SEHARI RM15.00.SELESAI ITU SEMUA,AKU FIKIR PULA TENTANG KEWANGAN AKU SELAMA AKU DISANA WALAUPUN PENGINAPAN DI TAJA SEPENUHNYA OLEH PIHAK ANGKOR.BAIKLAH,RUMUSAN DARI SEMUA ITU JUGA SELESAI DENGAN AKU MEMBAWA WANG RINGGIT MALAYSIA SEBANYAK 1 RIBU DAN AKU TUKAR KEPADA DOLLAR.URUSAN PASSPORT YANG AKU HILANGKAN JUGA TURUT SELESAI DENGAN MUDAH,ALHAMDULILLAH.JADI AKU BERLEPAS KESANA DITEMANI OLEH TEMAN AKU.TEMAN YANG CUMA BOLEH MELUANGKAN MASA SEKITAR 4 HARI.SANGAT BERBALOI MEMPUNYAI TEMAN ISTIMEWA.OK,STOP DISITU DAN KITA FOKUS PADA CAMBODIA.SELESAI SEMUA,AKU PUN TIBA DI CAMBODIA DAN SELESAI MENUKAR NOMBOR TELEFON CAMBODIA.SANGAT SENANG URUSAN DISANA,ALHAMDULILLAH.AKU TIBA DI HOTEL YANG SUDAH DISEDIAKAN OLEH PIHAK ANGKOR.AKU BEREHAT HINGGA JAM 5 PETANG.DAN KEADAAN DISANA WAKTU ITU SUDAH GELAP.JADI AKU AGAK KELIRU DAN BUNTU.OH,RUPANYA DISANA BEZA SATU JAM DARI MALAYSIA.SEKARANG LAPAR,URUSAN HAL MAKANAN PULA.AKU MEMANG BAWA BEKAL MEE SEGERA YANG BANYAK,JADI AKU MAKAN APA YANG ADA DULU.AGAK SUKAR UNTUK MENCARI KEPERLUAN UNTUK AKU YANG PERTAMA KALI KE CAMBODIA.DAN AKU JUMPA SATU RESTORAN MAKANAN INDIA YANG TUAN KEDAI ITU SENDIRI IALAH ORANG DARI MALAYSIA,PERAK MALI!.SEDAP DAN KENYANG!.TIDAK LUPA JUGA,KUANTITI MAKANAN BANYAK!.TUNGGU SEBENTAR.............AKU RASA AKU ADA PERASAAN UNTUK BERCERITA SETAKAT INI SAHAJA.SETERUSNYA AKU SAMBUNG KEMUDIAN.