Thursday, July 11, 2013

10 JULAI 2013. HARI PERTAMA PUASA

SELAMAT BERTEMU DUHAI RAMADHAN.DISINI EMBUN KONGSIKAN SEDIKIT KISAH-KISAH HARI PERTAMA PUASA EMBUN.




1.HARI PERTAMA PUASA AKU DIKAMPUNG BERSAMA MAK,NENEK DAN UCU.INI AKU AMBIL SEKITAR JAM 4.30PAGI,RABU.TEH O PANAS YANG NENEK BUAT SANGAT SEDAP DAN SEGAR BIARPUN AGAK MANIS SEDIKIT.BIASA LAH,HARI PERTAMA PUASA PERUT AGAK TERKEJUT MENERIMA MAKANAN.GAMBAR INI AKU SHOOT MENGGUNAKAN IPHONE.




2.BANGUN PAGI AKU TERUS CAPAI KAMERA USANG AKU DAN SHOOT EMBUN YANG HAMPIR-HAMPIR REBAH KEBUMI.SEBENARNYA AKU MENCUBA UNTUK SHOOT MAKRO.AKU TERBALIKKAN LENS DAN CUBA SHOOT TETAPI NAMPAKNYA AKU MASIH BELUM BOLEH MENGUASAI TEKNIK YANG DIAJAR OLEH ENCIK EDOI.JADI HASILNYA BERGEGAR DAN GAMBAR TIDAK SHARP.




3.DISINI AKU MEMPERKENALKAN KUCING MAK AKU.NAMA DIA NONEN DAN BERJANTINA JANTAN.AKU SENDIRI KELIRU DENGAN NAMA-NAMA KUCING MAK AKU SEBAB SEMUA KUCING MAK AKU AKAN BAGI NAMA NONEN.MUNGKIN SEBAB KESEMUA KUCING BERWARNA OREN.AKU JUGA MEMPUNYAI INTERAKSI AKU SENDIRI BERSAMA KUCING.BILA AKU MAHU SHOOT KUCING,AKU AKAN MANJAKAN DULU PERGERAKAN AKU DAN KURANGKAN BERCAKAP.KUCING SEBENARNYA AKAN TERTARIK DENGAN BUNYI SHUTTER.SETIAP KAMERA AKAN MEMPUNYAI BUNYI SHUTTER YANG BERLAINAN.




4.INI PULA NAMA DIA NONEN,ADIK KEPADA NONEN.NAMA SAMA,AJAIB.MASA KECIL,KUCING INI LAH YANG AKU SUSUKAN,TAPI BUKAN DENGAN SUSU AKU.AKU SUSUKAN DENGAN TAPAK TANGAN AKU UNTUK DIA JILAT.DARI KECIL IBUNYA SUDAH TIADA,MENGHILANG ENTAH KEMANA.AKU SIMPATI DENGAN NASIB NONEN-NONEN SEMUA.NONEN KECIL INI SANGAT MANJA DENGAN ABANGNYA IAITU NONEN BESAR.ABANGNYA LAH TEMPAT DIA MELEPASKAN RINDU DAN MELEPASKAN KASIH SAYANG.DIRAUT WAJAHNYA ADA SATU UNGKAPAN YANG KITA SENDIRI TIDAK MAMPU MERUNGKAIKANNYA.AKU BOLEH JADI SEBAK BILA MELIHAT NONEN KECIL.




5.HARI PERTAMA BERBUKA PUASA SEPERTI BIASA AKU SENDIRIAN.SEPERTI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA.INI BEKALAN YANG AKU BAWA PULANG DARI KAMPUNG.BUAH TIMUN ACEH,SAMBAL BELACAN,IKAN BAWAL TIGA RASA DAN AYAM MASAK LEMAK CILI API BERSAMA CENDAWAN FRESH KAMPUNG.