Friday, August 23, 2013

"YANGNYEOM TONG DAK" FROM MALAYSIA

YANGNYEOM TONG DAK,
AYAM GORENG KOREA.MEMANDANGKAN JIWA MEMBARA UNTUK MENCUBA RESEPI MAKANAN KOREA INI,JADI EMBUN PUN DENGAN SEMANGAT BERKOBAR-KOBAR MEREALISASIKAN ANGAN-ANGAN SENDIRI.RASA DAN CARA PEMBUATANNYA TIDAK LAH 100% SAMA MACAM ORANG KOREA BUAT TAPI BOLEH LAH UNTUK DICUBA DARI TIDAK MENCUBA LANGSUNG.SERIUS,MAKANAN KOREA SANGAT MUDAH DIMASAK.CEPAT DAN SEDAP.


 AYAM YANG MASIH SUCI BELUM DIBASUH.



MEMANDANGKAN EMBUN TIDAK MAHU MEMBAZIR BELI BANYAK TEPUNG,JADI EMBUN BELI TEPUNG INI YANG RAMUANNYA SAMA SEPERTI YANG EMBUN MAHUKAN.CUMA TIDAK MEMPUNYAI TELUR.TARAAAAA!.MUDAH!.



INI BIJAN YANG MASIH SUCI BELUM DIGORENG



CILI GILING BELI SIAP SEDIA.EMBUN BERCADANG UNTUK MEMBUAT PES KOREA TAPI MASIH BELUM ADA KESEMPATAN.JADI KITA GUNAKAN MANA YANG ADA.



 AYAM YANG SUDAH DIPERAP SELAMA 30 MINIT BERSAMA-SAMA DENGAN TEPUNG DARI BESTARI TADI.



 INI BIJAN YANG SUDAH TIDAK SUCI.DIGORENG TANPA MINYAK.BIJAN INI AKAN DITABUR DI ATAS AYAM GORENG YANG SUDAH SIAP.



TARAAAAAAA!.AYAM GORENG KOREA SUDAH SIAP.BERSAMA SOS CILI YANG SUDAH DIMASAK BERLIMPAH RUAH.DAN BIJAN HARUM SUDAH DITABURKAN DIATAS AYAM INI.MAAF,TIDAK DIGALAKKAN MENGGUNAKAN CHOPSTICK KETIKA MAKAN AYAM INI,DIKHUATIRI AYAM AKAN HIDUP SEMULA DAN MELOMPAT-LOMPAT.JADI BASUH TANGAN BERSIH-BERSIH DAN NIKMATILAH HIDANGAN SENDIRI DENGAN MENGGUNAKAN TANGAN.