Wednesday, August 21, 2013

EMBUN. KAMERA. DAN GAMBAR.

MARI AKU KONGSI SEDIKIT TENTANG AKU,KAMERA DAN JUGA GAMBAR-GAMBAR AKU.KEBANYAKKAN SEKARANG GAMBAR AKU KURANG PROSES EDIT.TIDAK SEPERTI WAKTU DULU,TEXTURE,EDIT,DAN PROSES MENGUBAH WAJAH SANGAT RAJIN AKU BUAT.SEKARANG AKU BANYAK SHOOT GAMBAR NATURAL SAHAJA.CUMA BILA MODEL CUN DIHADAPAN AKU,AKU TIDAK MEMBAYANGKAN PROSES YANG CUN JUGA AKAN AKU LAKUKAN.BIASANYA KALAU MODEL-MODEL CUN,AKU AKAN EDIT MASUK SEGALA TEXTURE YANG BERKENAN DIHATI.DAN RESULT DIA,SANGAT MENYERAMKAN.SAMPAI AKU RASA MUNGKIN MODEL ITU SENDIRI TIDAK SUKA AKAN GAMBAR AKU ATAU PUN MENYAMPAH DENGAN GAMBAR YANG AKU EDIT.KERANA BAGI AKU,BUKAN KECANTIKKAN SEMATA-MATA YANG AKU LIHAT KETIKA SHOOT.TAPI AKU BANYAK MENGIKUT NALURI HATI AKU YANG TULUS KETIKA ITU.MENGETEPIKAN PANDANGAN ORANG LAIN SEJENAK DAN MENGIKUT PADA KEMAHUAN DIRI AKU.TAPI SEJAK AKHIR-AKHIR INI,AKU LEBIH SUKA PADA TONA-TONA NATURAL.ADA SESUATU YANG INDAH PADA CIPTAAN ALLAH YANG AKU RASA,AKU PERLU KEKALKAN.WARNA-WARNA YANG CUKUP ASLI SEBENARNYA SUDAH CUKUP INDAH PADA SEKEPING GAMBAR,WALAUPUN TANPA DIOLAH.AKU TIDAK MENGGUNAKAN SEBARANG FLASH KETIKA AKU SHOOT NATURAL.KALAU GAMBAR MAKANAN PUN AKU TIDAK MENGGUNAKAN FLASH.UNTUK SHOOT SANTAI DAN TENANG,AKU SEKARANG BANYAK SHOOT MENGGUNAKAN KAMERA CANON DAN KAMERA HANDPHONE AKU.JIKA AKU EDIT PUN,AKU AKAN MENGGUNAKAN CURVE,SELECTIVE COLOR DAN JUGA LEVEL.KADANG-KADANG AKU BIARKAN SAHAJA GAMBAR ORIGINAL MEMENUHI BLOG AKU.KADANG-KADANG JUGA AKU MENGGUNAKAN KAMERA KOMPAK AKU DARI NIKON.AKU LEBIH SUKA SHOOT INDOOR KERANA ORANG SEKELILING TIDAK MELIHAT GELAGAT AKU KETIKA SESI SHOOT.AKU JENIS YANG AGAK PEMALU SIKIT BILA SUDAH MEMEGANG KAMERA.KALAU ADA SESI OUTING,AKU LAH ORANG YANG JADI PAK PACAK DAN TUKANG MELIHAT SAHAJA.AKU TIDAK AKAN SHOOT SUKA-SUKA JIKA MOOD AKU TIADA KETIKA ITU.KALAU AKU SHOOT PUN,AKU AKAN SIMPAN.BILA AKU ADA MOOD,AKU AKAN SHOOT TANPA HIRAU APA PUN.DAN PERANGAI AKU KETIKA SHOOT ORANG,AKU SUKA DIAM.JIKA BERI ARAHAN PUN AKU AKAN MENGGUNAKAN BAHASA ISYARAT BADAN,MUKA DAN TANGAN.DAN SEBAB ITU AKU LEBIH SUKA SHOOT DIRI AKU SENDIRI KERANA HANYA AKU FAHAM APA YANG AKU MAHU.