"The Hollow Vow"
A promise is not a tool to gain something without giving in return. It is not a convenience. It is a reflection of belief the belief that we are capable of fulfilling what we have pledged.
My first marriage was never what it seemed to the outside world. From afar, it may have looked whole, even perfect. But the truth of a home is never seen from the outside; it lives quietly within its walls, known only to those who dwell inside it.
After I got married, I slowly let go of the parts of myself that once defined me. I stopped creating. I left my job. I chose to dedicate myself fully to my children and my home. At that time, I believed my husband was my world my purpose, my devotion, my everything.
I told myself that to be a good wife, I had to obey, to remain loyal, to be endlessly faithful. And I gave all of that willingly, wholeheartedly. In fact, I gave more than what was ever asked of me.
Mungkin bagi sesetengah orang, janji dalam sebuah hubungan hanyalah sesuatu yang ringan mudah dilafazkan, dan mudah juga dilupakan. Tetapi tidak bagi aku. Aku sentiasa memegang erat setiap kata yang telah diberi, setiap janji yang terungkap. Pada aku, janji itu ada timbangannya; ia adalah satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan selagi kita masih bernafas.
Janji bukanlah alat untuk mendapatkan sesuatu tanpa memberi balasan. Ia bukan satu kemudahan. Ia adalah cerminan keyakinan keyakinan bahawa kita mampu menunaikan apa yang telah kita janjikan.
Perkahwinan pertamaku tidak pernah seperti apa yang dilihat oleh orang luar. Dari jauh, mungkin ia kelihatan sempurna, seolah-olah tiada cela. Namun hakikatnya, kebenaran dalam sesebuah rumah tidak pernah terlihat dari luar; ia tersembunyi, hanya difahami oleh mereka yang menghuninya.
Selepas berkahwin, sedikit demi sedikit aku melepaskan bahagian diri yang pernah membentuk siapa aku. Aku berhenti berkarya. Aku meninggalkan pekerjaan. Aku memilih untuk menumpukan sepenuh jiwa kepada anak-anak dan rumah tangga. Ketika itu, aku percaya suamiku adalah duniaku tujuan hidupku, pengabdianku, segalanya buatku.
Aku meyakinkan diri bahawa untuk menjadi seorang isteri yang baik, aku harus patuh, setia, dan taat sepenuhnya. Dan semua itu aku berikan dengan rela, dengan sepenuh hati. Malah, aku memberi lebih daripada apa yang pernah diminta daripadaku.


.jpeg)
Comments
Post a Comment