2014
In 2014, my life began to fall apart, a life I had built on fragile hope. Today, all that remains is regret. Regret for believing that things would change, and even more painfully, for convincing myself that it was the best fate meant for me.
At that time, I did not truly understand what fate meant. Years later, I came to realize that a marriage cannot survive on endurance alone. It must be built on love, compassion, responsibility, trust, and empathy between two people.
What I am sharing here is only a small part of my life story, a story that is real, honest, and without any pretense.
Amid all the loss and pain, there are two blessings I cherish the most, the two children I brought into this world. They are everything to me.
Some people choose to remain in a relationship for the sake of their children. But I am not one of them. To me, protecting my children’s emotional well-being is not about staying in pain, but about having the courage to let go and walk away from a toxic environment.
Pada tahun 2014, bermulalah runtuhnya sebuah hidup yang aku sendiri bina di atas harapan yang rapuh. Hari ini, yang tinggal hanyalah sesal, sesal kerana terlalu percaya bahawa segalanya akan berubah, dan lebih pedih, kerana aku pernah yakin itulah takdir terbaik buat aku.
Ketika itu, aku belum benar-benar memahami apa itu takdir. Bertahun-tahun kemudian, barulah aku sedar… sebuah perkahwinan tidak cukup sekadar bertahan. Ia perlu dibina atas kasih sayang, cinta, tanggungjawab, amanah, dan empati antara dua jiwa.
Apa yang aku kongsikan ini hanyalah sebahagian kecil daripada kisah hidup aku, kisah yang nyata, jujur, tanpa berselindung di sebalik apa-apa kepalsuan.
Dalam segala kehilangan dan luka, ada dua anugerah yang paling aku hargai, dua cahaya mata yang aku lahirkan. Mereka adalah segalanya buat aku.
Mungkin ada yang memilih untuk terus bertahan dalam sebuah hubungan atas alasan anak. Tapi bukan aku. Bagi aku, menjaga emosi anak-anak bukanlah dengan bertahan dalam luka, tetapi dengan berani melepaskan… dan keluar dari dunia yang toksik.
.jpeg)

Comments
Post a Comment