Thursday, December 27, 2012

BERSAMA "SELF PORTRAIT"

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG KHAMIS.HARI INI EMBUN MAHU KONGSI SEDIKIT TENTANG DUNIA FOTO EMBUN.EMBUN MULA MEMEGANG KAMERA PADA USIA 9TAHUN YANG TELAH DIPAKSA OLEH IBU EMBUN.PADA ASALNYA EMBUN HANYA SUKA PADA MELUKIS/LUKISAN DAN TIDAK PERNAH TERLINTAS UNTUK SUKA PADA LUKISAN CAHAYA.DULU IBU EMBUN AKAN PAKSA EMBUN UNTUK CUBA TANGKAP GAMBAR DENGAN MENGGUNAKAN KAMERA FILM.IBU EMBUN AJAR TENTANG CAHAYA YANG PADA EMBUN KETIKA ITU ENTAH APA-APA ENTAH CAHAYA.MEMANG TIDAK SECEBIS PUN MINAT PADA DUNIA FOTOGRAFI.BILA HABIS ZAMAN PERSEKOLAHAN EMBUN MULA MENJAUH DARI DUNIA MELUKIS MUNGKIN TERLALU SIBUK DENGAN DUNIA REMAJA DILUAR.SEKITAR TAHUN 2005 EMBUN MULA SUKAKAN DUNIA KAMERA.EMBUN MULA BUAT "SELF POTRAIT" MENGGUNAKAN KAMERA HANDPHONE BERJENAMA NOKIA.SET SELF TIMER DAN MULA SHOOT SUKA-SUKA HATI.LETAK ATAS KOTAK,LETAK ATAS KERUSI,LETAK ATAS MEJA SEBAB MASA ITU OTAK EMBUN TIDAK WUJUD LAGI PERKATAAN TRIPOD.SEHINGGA TAHUN 2007/2008 EMBUN MASIH MENGGUNAKAN KAMERA HANDPHONE DAN PROSES EDIT DI PHOTOSCAPE.SEBAB MASA ZAMAN KESERONOKAN ITU EMBUN HANYA KENAL PHOTOSCAPE.PADA TAHUN BERKENAAN JUGA EMBUN GUNAKAN NAMA SAMARAN "KAKIBUMI" DAN MULA BERJINAK DALAM GROUP FOTOGRAFI.DAN EMBUN TERJUMPA SATU GROUP FOTO "MARKAS KUKUBESI" YANG EMBUN RASA MASA ITU MARKAS ITU BARU DITUBUHKAN.BANYAK YANG EMBUN PELAJARI DALAM MARKAS BERKENAAN.KENAL RAMAI KAWAN.WALAUPUN 95% TIDAK PERNAH BERSUA MUKA.EMBUN BELAJAR DARI GAMBAR GOOGLE DAN EMBUN EDIT SEMULA.MAKLUMLAH,ZAMAN ITU BELUM CUKUP DUIT SIMPANAN UNTUK BELI APA-APA KAMERA.LAGI PUN OTAK TIDAK PERNAH TERFIKIR MAHU BELI KAMERA.DSLR TIDAK PERNAH ADA DALAM KOTAK FIKIRAN.DENGAN SOKONGAN KAWAN-KAWAN ALAM MAYA MARKAS,AWAL TAHUN 2009 EMBUN BELI KAMERA JENAMA NIKON D90 SEBAB MASA ITU,ITU LAH KAMERA PALING BARU YANG KELUAR.DENGAN HARGA RM4200 EMBUN KE OU TERUS BELI TANPA FIKIR PANJANG.SPEKSIFIKASI MASA ITU BAGI EMBUN BELUM WUJUD DALAM KEPALA.KIRANYA EMBUN BELI KAMERA MAIN BELI SAJA.TIDAK SELIDIK APA PUN.2009/2010/2011/2012 HINGGA SEKARANG EMBUN TIDAK PERNAH BERHENTI BELAJAR TENTANG APA YANG EMBUN MAHUKAN.KONSEP SELF POTRAIT MEMANG SUDAH SEBATI DENGAN EMBUN CUMA GAMBAR-GAMBAR YANG EMBUN SHOOT MENGGUNAKAN KAMERA HANDPHONE KEBANYAKKANNYA SUDAH HILANG,JIKA ADA PUN EMBUN TIDAK AKAN DEDAHKAN DISEBABKAN TIDAK SESUAI UNTUK JADIKAN TONTONAN PADA KETIKA INI.DUNIA MAYA,CARIAN GOOGLE,YAHOO,RAKAN-RAKAN MENJADI BAHAN RUJUKAN EMBUN KERANA EMBUN TIDAK PERNAH BELAJAR TENTANG FOTOGRAFI DIMANA-MANA INSTITUT PENGAJIAN.BAGI EMBUN,SEMUANYA DATANG DARI RASA DALAM DIRI EMBUN.APA YANG EMBUN RASA DAN MAHUKAN EMBUN AKAN LAKSANAKAN.EMBUN MEMANG SELESA BER "SELF POTRAIT".MENJADI ORANG DIDEPAN KAMERA DAN DIBELAKANG KAMERA ADALAH SESUATU YANG SANGAT BEST BAGI EMBUN.BERKOMUNIKASI DENGAN DIRI SENDIRI DAN BERKOMUNIKASI BERSAMA KAMERA.BILA EMBUN LAKUKAN SENDIRI EMBUN AKAN DAPAT EMOSI DAN PENGHAYATAN YANG EMBUN MAHUKAN.